Assalamualaikum dan
Salam Jumaat J
JODOH ITU RAHSIA ALLAH !
Itulah kata-kata semangat yang lahir dari kata hati ini .
Kata-kata untuk membangkit kan kembali semangat diri ini .. Wahai Tuhan , aku
hamba-Mu yang sangat lemah dan selalu alpha tentang kebesaran-Mu. Ampunkan
Rabiatul yang selalu melakukan kesalahan ini , Ya Allah . Rabiatul ini selalu
leka dengan nikmat dunia yang mengiurkan dan selalu lupa tentang akhirat. Ya
Allah , kuatkan semangatku . Tabahkan hati ku untuk menjalani setiap dugaan
yang Engkau hadirkan dalam kehidupanku. Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau
hadirkan insan-insan yang ikhlas menyayangiku dan selalu ada disampingku di
saat aku susah dan senang. Teima kasih atas segala nikmat dan kebahagian yang Engkau
hadirkan dalam kehidupanku. Aku mensyukurinya.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Aku tahu banyak dosa yang telah aku lakukan dimasa silamku .
dan aku tidak mahu pekara itu berulang kembali. Tuntunilah hati ini agar tidak
terjerumus dalam lembah yang sama dan membiarkan diri ini dimurka olehMu ,
Wahai Tuhan yang Maha Adil.
Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui ,
Andai sudah tiba masa nya , hamba-Mu yang kerdil ini sudah
bersedia. Engkau yang berkuasa terhadap
diri ini.