Thursday, 17 January 2013

Wahai Pemilik kereta

Assalamualaikum. 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Sesungguhnya hati ini amat merindui pemilik kereta putih tersebut, tapi apakan daya …. Biarlah takdir yang menetukan segalanya . Andai dia berlalu pergi meninggalkan hati ini, tidak sesekali menyalahkan nya .. Dia juga berhak menerima kebahagian . Tidak sanggup rasa dihati ini melihat dia menerima segala tomahan dan dugaan yang mendatang . Cukup dengan hati ini saja yang tersakiti .. Dia berhak menerima kebahagian .  Cukup dengan segala bebanan dan segala dugaan yang dia terima . Tidak sanggup untuk menambah bebanan yang sedia ada .Satu hari pasti segala nya akan terungkap . Wahai pemilik kerata putih, hati ini teramat-amat merinduimu . Segala yang berlaku pasti ada sebab yang kukuh . Hati ini hanya ingin melihat kamu menerima kebahagian yang selayak-layaknya . Percayalah , tidak terniat dihati ini untuk menyakiti .



Wahai Tuhan Empunya Alam,

Kuatkan hatiku untuk melepaskan segalanya . Berikan ketabahan dalam diri ini agar dapat bertahan sehingga penghujungnya . Berikan bahagian yang mereka impi-impikan .
Andai penamatnya semakin hampir, hati ini redha dan merelakan segalanya , jasad ini pasti akan kembali pada-Mu , kelak .


Terima kasih atas segala curahan kasih sayang yang diberikan untuk jasad ini .

Monday, 14 January 2013

Patah Seribu






Mama : KITA BOLEH SAYANGKAN SESEORANG ITU TAPI JANGAN TELAMPAU MENYANYANGINYA  KERANA BILA DIA HILANG DARI PANDANGAN KITA , RASA SAKIT YANG TIDAK TERHINGGA . BERDOA DAN BERSERAH PADA TAKDIR ALLAH . ANDAI BENAR DIA JODOH BUAT KITA , SEJAUH MANA KITA MELARIKAN DIRI DARI NYA SATU HARI DIA PASTI MENJADI MILIK KITA, KELAK. TAPI ANDAI DIA BUKAN JODOH KITA , JANGAN DIPAKSA KERANA HIDUP DENGAN ORANG YANG BUKAN DITAKDIRKAN UNTUK KITA SANGAT MENYEKSAKAN .