Wednesday, 18 December 2013

Sakit



Sumpah
Kadang tak mengerti apa sebenarnya yang diinginkan
Rentak hati dan fikiran yang tak seirama
Langkah tiada arah tuju yang pasti



Sakit.

Sunday, 15 December 2013

RINDU ??



Rindu

Itu saja yang mampu aku lakukan
Kau bukan milikku
Andai waktu boleh diputar kembali
Aku mahu kita seperti dulu
Sebanyak mana air mata ini berjurai
Tak kan pernah dapat kembalikan
Saat indah bersama kau seperti dulu
Walau kita tak seperti dulu tapi
Kau tetap dihati
Sentiasa dihati
Selamanya
Bersama kau dan orang-orang yang
Kau sayang adalah pekara yang indah
Dan terindah selamanya

Wednesday, 18 September 2013

KALIAN

Diantara kita kini ada jurang pemisah yang semakin lama semakin dalam menghakis jurang itu. Tidak tahu dari mana dan apa puncanya. Apa yang aku tahu kita sudah jauh.
Jauh tersasar dari landasan kita. Tapi aku cuma mahu kalian tahu doa aku, rasa sayang aku untuk kalian tak akan pernah terpadam. Kalian bersama dikala aku berduka dan bergembira. Aku amat menghargainya. Dan hanya Tuhan saja yang dapat balas setiap pengorbanan yang kalian lakukan untuk aku. Maaf andai dikala kalian berduka aku tak dapat bersama melaluinya. Maaf andai ada hati yang telah aku guriskan. Aku manusia kerdil yang sentiasa melakukan kesalahan. Malah mungkin kesalahan yang sentiasa diulang berkali-kali. Hanya permohonan maaf yang dapat aku lemparkan kini. Aku hanya mahu kalian tahu doa aku untuk kalian tidak pernah putus. Rasa sayang aku untuk kalian tak kan pernah padam. Semoga Allah memberkati kalian.

Tuesday, 10 September 2013

5 Zulkaedah 1434H

Assalamualaikum :)

11 September 2013 : 5 Zulkaedah 1434H
Maka genap lah pemergian Almarhumah Bonda selama 200 hari.
Semoga Bonda tenang disana.
Anak-anak dan cucu-cucu disini merinduimu dengan tersangat.

Masih lagi ada yang bertanya,
Sampai bila aku harus hidup begini, hidup sendiri, terumbang ambing.
Andainya kalian didalam diri ini. Andainya kalian disini tika ini.
Pasti kalian akan mengerti. 
Dapat melihat aku tersenyum dan tertawa itu sudah memadai
Untuk kalian tahu bahawa aku "ok".
Aku masih belajar.
Belajar menerima ketentuan yang telah ditetapkan 
oleh Yang Maha Esa untukku.

Sunday, 25 August 2013

ukhwah

Assalamualaikum.


Terkadang tertanya sendiri, mengapa perlu bermasam muka sesama sendiri
Terkadang tertanya sendiri, mengapa perlu menjarakkan ukhwah yang sudah terjalin
Terkadang tertanya sendiri, mengapa perlu ada perselisihan faham antara sesama sendiri
Ukhwah yang terjalin berasaskan rasa sayang mengapa perlu diakhiri dengan perselisihan faham, 
yang sememangnya perselisihan faham itu kita sendiri boleh leraikannya
Adakalanya manusia ini terlalu mengikut dan mengagungkan keegoan mereka sehingga menyakiti
orang-orang yang menyayanginya 


(penyesalan selalunya datang terlambat)





Monday, 22 July 2013

Selamat Ulang Tahun RS


:23 Julai 2013:
:14 Ramadhan 1434H:


Alhamdulillah .
Terima kasih padaMu Tuhan kerana masih memberikan aku peluang untuk melihat keAgunganMu
Alhamdulillah.
Terima kasih padaMu Tuhan kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas sehingga kini
Alhamdulillah.
Terima kasih padaMu Tuhan kerana mengurniakan aku keluarga yang sentiasa menyayangiku.
Alhamdulillah .
Terima kasih padaMu Tuhan kerana mengurniakan aku sahabat serta teman yang sentiasa
Bersamaku disetiap ketika.
Alhamdulillah.
Terima kasih padaMu Tuhan kerana pertemuan antara aku dan dia, walau hanya seketika.

Duhai Tuhan,
Engkau peliharalah mereka yang aku sayang.
Duhai Tuhan,
Engkau rahmatilah kehidupan mereka yang aku cintai.
Duhai Tuhan,
Engkau sayangilah mereka yang aku sayang.
Duhai Tuhan,
Engkau sampaikanlah pada mereka bahawa aku amat menyayangi mereka, dan andai satu hari aku dipanggil pulang ke tempat asalku, Engkau sampaikanlah rinduku pada mereka.

Duhai kakakku yang tercinta,
Terima kasih atas jasa mu kerana menjagaku dari kecil hingga kini.
Terima kasih atas setiap pengorbanan yang engkau taburkan untuk membesarkanku.
Terima kasih kerana menjadi kakak yang terbaik buatku.
Terima kasih untuk setiap masa yang engkau korbankan untuk melayan karenahku.
Terima kasih untuk wang ringgit yang engkau sediakan untukku.
Terima kasih untuk setiap keringatmu untuk membesarkanku

Duhai Sahabat serta Teman,
Terima kasih kerana sentiasa ada buatku dikala aku senang , susah , bahagia dan berduka.
Terima kasih kerana membazirkan masa untuk bersamaku
Terima kasih kerana membazirkan masa melayan karenahku
Terima kasih kerana membazirkan wang ringgit yang telah dilaburkan
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan setiap karenahku
Terima kasih untuk setiap kata-kata penyumbang semangat buatku
Terima kasih untuk setiap memori indah yang kita cipta bersama.



Hari ini genap 150 hari Almarhumah Bonda kembali ke Rahmatullah.
Semoga Almarhumah Bonda tenang disana. 
Terima kasih untuk segalanya wahai Almarhumah Bonda.
I LOVE YOU 
I MISS YOU

Thursday, 11 July 2013

kisah hati 2 Ramadhan


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sudah 2 Ramadhan kita J terima kasih, YA ALLAH kerana masih memberikan aku peluang untuk merasa kan Ramadhan. Kesihatan yang tidak menentu. Demam lagi, batuk2 then muntah. Harap2, ia tak menjejaskan puasaku sepanjang bulan ni. Sesungguhnya, puasa kali ni cukup mencabar. Buka sorang, sahur sorang. Dulu, time2 Ramadhan macam ni lah, nak manja2 lebih dengan Almarhumah Bonda. Mana tak nya, buka dan sahur mesti akan dahulukan kami, anak2 dia. Dulu, balik kerja jek terus bawak Almarhumah Bonda p kedai, cari laok, singgah bazar kalau terasa na makan kuih. Tapi jaranglah kami ke bazar, sebab Almarhumah Bonda seorang yang sangat2 suka bab masak memasak ni (anak bongsu dia ni jek yg smp skng xreti2 masak --“) mesti ada jek kiuh yang Almarhumah akan buat, tapi selalunya, saya akan request “bubur sum-sum”. Sangat sukakan nya . kalau pi kedai jumpa org yg kenal mesti depa dok tego “cik mai beli ikan ngn tempe 2 jek ke ?” Almarhumah Bonda mesti jawab, “cukuplah ni untuk pu3 makan. Dia suka makan ikan bakar dengan tempe goreng, senang keje, xpening kepala piker na masak ape :D” YA ALLAH , aku rindukan saat2 ni, tersangat rindu. Bila sahur jek, paling liat na bangun, haha .. tapi Almarhumah Bonda will make sure, kite akan sahur jugak. Susah2 sangat , dia amik lauk, nasi, suap kat mulut kite. Yang kite ni dok la ngaga sambil mata tertutup. Haha.. terok kn .. Nak wat macam mana, manje sgt … Bila masing2 terlewat bangun sahur, Almarhumah Bonda mesti kelam kabut. Last2… dia cakap “maaf ye, ma tak sadar bunyi jam. Usu kalau tak larat puasa nanti, buka jek” patut nya da besar panjang macam ni, da kene bangan sahur sendiri, ni tak .. na tunggu Almarhumah Bonda juga kejut. Dulu, before angah kawin, angah paling susah na sahur. Bangun sahur minum air ngan makan roti jek, makan nasi jarang betul. Almarhumah Bonda mesti bebel time tu. Memang, dari kecil lagi dah diajar untuk bersahur. Bila tiba jek Ramadhan yang ke 15, Almarhumah Bonda dah busy beli barang kuih, kita lah yang kene buat. Dia beli barang, kita buat, kata nya sampai bila na harapkan Bonda jek yang buat, blajar! J hujung minggu jangan lah ada niat na buka kat luar ke nak jenjalan, memang kene bebel lah nanti, duduk rumah, buat kuih. Yang kita ni amek jalan senang, BELI jek . haha .. Alharmumah Bonda bising, kata nya rugi, nanti tak sedap lah.. J tapi kita ni degil, tetap juga BELI yang da siap. Haha.. tapi beli tak bagitau, bila dah tiba masa tau2 ada jek, time tu na bebel pon dah tak boleh . haha … anak2 yang degil J Almarhumah Bonda bukan saja pandai masak, buat kek, buat kuih tp pandai jahit baju jugak. Selalu jugak lah amik tempahan baju raya, langsir raya. Dari kecik smp besar baju raya ke baju kurung ke baju kebaya ke baju “bepesen2” ke, mesti Almarhumah yang akan jahit . Paling2 syok, angah lah . EVERYMONTH akan ada kain pasang dia beli suruh Almarhumah Bonda jahit . hehe .. last2 tak boleh pakai, adik dia yg ni lah “sauk” hehe J ingat lagi, time na amek result SPM dulu, Almarhumah Bonda siap buatkan sepasang baju kurung warna merah untuk kita p amek result. Terharu sangat2, tak tau masa dijahitnya baju tu, tau2 jek dah siap. Kalau org hantar tempah tok raya, Almarhumah Bonda mesti dahulukan org2 yg tempah tu dari baju kami anak2 dia. Baju kami mesti akan siap pagi raya --“ tapi selalunya baju angah lah. Hahaha … kami anak beranak mesti akan gaduh time petang raya . MESTI ! wajib. Time tu kan sebok last minit punya preparation J biase nya , Almarhumah Bonda kat dapo sedia kan lauk pauk untuk esk, kita dengan angah, kat depan, pasang lansir la, betul2 kn sofa. Dah siap2 kemas, last2 Almarhumah Bonda xsuke, dah kne betul kan balik . penat kotttt ~ pas tu mula lah gadoh ..emmm … tapi tahun ni, tak ada lagi dah saat2 manis macam tu L rindu nye laahaaiii ~
Last Raya, walaupon Almarhumah da start sakit dia tetap masak untuk kami anak cucu dia. Dia adalah Seorang Ibu dan nenek yang TERBAIK buat kami anak cucu dia. Tidak akan ada yang boleh menggantikan Almarhumah Bonda dalam hati kami. Sudah 138 hari Almarhumah Bonda kembali ke Rahmatullah.. tapi rasa macam baru semalam bergurau senda dengan dia. Ya Allah, Engkau tempatkanlah Alharhumah Bondaku disisiMu bersama-sama orang yang beriman. Kami anak cucu disini sentiasa mendoakan Almarhumah Bonda agar tenang disana. I miss you so much, mom L Al-Fatihah.

Friday, 7 June 2013

Duhai Hati ...............


Assalamualaikum :)




Dia datang tanpa diundang,
Perginya pula tanpa pesan.
Wahai Tuhan Pemilik Alam Semesta,
Engkau kurniakanlah kebahagian
Yang beliau cari selama ini.
Andai dia lebih bahagia bersama orang lain,
Aku redha .
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia.

Wahai hati, aku pasti kau mampu menerimanya
Dengan tenang. Relakan dia bahagia bersama
Orang lain. Dan kebahagian yang kau inginkan
Pasti akan tiba, kelak.

Dan ingatlah wahai hati,
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kau miliki.



"saya tahu awak kuat dan mampu untuk mengharungi segala
dugaan yang datang. Dan saya percaya kebahagian yang
awak impikan akan tiba kelak." -T.N-
Al-Fatihah


Wednesday, 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU

DIA TIADA, KAMI SANGAT NAKAL,
DIA ADA , KAMI SANGAT BAIK,
KAMI TIADA, DIA RISAU,
KAMI ADA, DIA PENING KEPALA :) 


TANPA DIA, KAMI TIDAK PANDAI MEMBACA, TIDAK KENAL ABC
TANPA DIA, KAMI TIDAK PANDAI MENGIRA, TIDAK KENAL 123
TANPA DIA, KAMI TIDAK MUNGKIN BOLEH BERJAYA


WAHAI GURUKU,
TERIMA KASIH KERANA ENGKAU TETAP BERSABAR MENJAGA KAMI DAN SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI. TERIMA KASIH ATAS SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN KEPADA KAMI. TERIMA KASIH KERANA SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUAT KAMI. JASAMU TETAP AKAN KAMI KENANG SELAMANYA. 



Tuesday, 23 April 2013

Selamat Tinggal Ibuku


:  23 April 2013 bersamaan 12 J’Akhir 1434H , genap 2 bulan Al Marhumah Bonda kembali ke Rahmatullah . Wahai Tuhan pemilik alam semesta, Engkau tempatkan
Al Marhumah Bondaku disisi-Mu bersama orang-orang yang beriman .

Begitu pantas masa berlalu tanpa kita sedar . Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi . Ramadhan pertama tanpa seorang Ibu . YA ALLAH , Engkau kuatkan hatiku dan juga hati mereka yang turut merasakan kehilangan Al Marhumah . Kami tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . YA ALLAH , Engkau sampaikan lah rindu kami kepada Al Marhumah Bonda kami . Rindu yang tidak terhingga .


Duhai hati yang rapuh , kuatlah engkau menghadapi ini semua . 





Thursday, 28 March 2013

Hidupku Kini

Assalamualaikum .


Hidupku kini berubah 100% .
Hidup yang dulu nya tersangat mudah kini hilang dalam sekelip mata .
Hidup yang dulu nya tersangat cerah kini menjadi suram .
Hidupku hanya berdua bersama Beliau , tapi kini aku sendiri .
Hidupku , tawaku , tangisku , sakitku , bahagiaku , sedihku , bersama Beliau .
Kini Beliau telah Pulang ke tempat asal .
Tinggal lah aku sendiri menyalani Hidup 
yang masih tersisa .
Hidupku kini kosong .
Hidupku kini sepi . 
Hidupku kini terumbang ambing .


Wahai Tuhan Pemilik Alam Semesta , 
Dengarlah rintihan hatiku ini .
Aku tahu Engkau telah merangcang segala sesuatu nya 
dengan sangat sempurna .
Aku juga tahu setiap dugaan dan ujian yang Engkau berikan 
pasti akan ada hikmahnya.
  

Wahai Tuhan ,
Dengarlah rintihan hamba-Mu yang kerdil ini .
Aku hanya insan yang sangat lemah .
Engkau lah tempat untuk aku mengadu , mengadu 
dan terus mengadu .
Engkau kuatkan iman dan hatiku .
Agar dapat aku jalani hidupku yang masih tersisa ini .


Wahai Hati yang sangat rapuh , 
usahlah kau bersedih lagi .
Jasad ini sudah tersiksa menahan rasa hati
yang sangat rapuh . 
Ingatlah selalu wahai hatiku , 
apa yang berlaku pasti ada hikmah nya .



Buat Al Marhumah Bonda yang tercinta , 
Semoga tenang dialam sana .
Anakanda-anakandamu disini sentiasa merindui
belaianmu , tawamu ada amarahmu .
Anakanda-anakandamu disini sentiasa 
mendoakan agar engkau disana tenang 
dan sentiasa berada didalam golongan
orang-orang yang beriman .
Amin .

Al-Fatihah 

Friday, 1 March 2013

Bonda yang tiada ganti



Assalamualaikum , salam Jumaat



23.06.54 Beliau dilahirkan , 23.02.13 Beliau telah kembali ke Rahmatullah . Alhamdulillah Beliau pergi dalam keadaan yang tenang . Sehingga kini , hati ini masih tidak percaya dengan pemergian Beliau . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat tabah , tabah menghadapi segala dugaan , tabah membesarkan anak-anak . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat kuat semangat , walau sakit macam nama sekalipun , Beliau akan tetap berusaha tidak menyusahkan orang lain . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat-sangat cerewet , cerewet dalam segala hal , hal kesihatan , hal kewangan , hal keluarga . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat-sangat rajin , Bonda yang sangat serba boleh . Suka masak , buat kek , buat kuih , jahit baju , bercucuk tanam . Beliau juga seorang Bonda yang mempunyai hati yang sangat mulia , walaupun kuat membebel , namun hati nya sangat baik . Beliau suka menolong orang lain . Selagi kudrat Beliau kuat , Beliau akan mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah dan dugaan yang muncul . Hidup sebagai Ibu Tunggal , bukan penghalang untuk Beliau membesarkan anak-anak dengan sempurna . Ketabahan Beliau , semangat Beliau yang tidak pernah luntur menjadikan Beliau seorang Bonda yang sangat-sangat sempurna buat kami . Beliau adalah Bonda yang terbaik bagi kami . Tidak akan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat Beliau dihati kami .   






(RAYA AIDILFITRI 2011)



(KENDURI KAWIN KAZEN)








(RAYA AIDILFITRI 2012- SALAMAN , CIUMAN DAN PELUKAN TERAKHIR)






(RAYA AIDILADHA 2012 - YANG TERAKHIR)



Ya Allah , Engkau tempatkanlah Almarhumah Bonda ku disisi orang-orang yang beriman . Amin.

1 March 2013 bersamaan 18 R’Akhir 1434H .

Genap seminggu Almarhumah Bonda telah kembali ke Rahmatullah dengan tenang nya .


 AL-FATIHAH 

















Tuesday, 12 February 2013

Percutian bersama kesayangan :*

Assalamualaikum :)

Finally , our planning tok p holiday bersama puaka2 kesayangan menjadi !!!
*joget2* hahahaha ..
best sgt2 .. tp kalau yg lain ikut mesti lg best -,-
xpela .. next trip kne pasti kan semua ada ni ! 

our destination :
JB => CAMERON => PERAK => SHAH ALAM => I-CITY => NILAI => MELAKA => JB
*pening*


our first destination = CAMERON HIGHLAND !! :D









 lihat cuaca pagi di Cameron , dan ia sangat2 sejuk .
tapi kak Fara kate , biase jek ...
(org london -..-) haha


with joe jawe yg gile . hahahaa


with kakak puaka kesayangan :* 
(muke baru bangun akibat perjalanan yg pnjng . hehehe)


Kak Fara kate , org Cameron tngk saya lain mcm bile pakai mcm ni ... --''
mcm org  x betl ke ??? :O


our second destination = I-City , Shah Alam

sampai2 tros masing2 cari sesuap nasi .. kelaparan ! hahaa ..
pas makan , jalan2 then tros kn perjalanan ke Shah ALAM tp singgah di Tapah dl :)

sampai si Shah Alam , lebih kurang dalam kol 2 jgk la .. 
smp jek tros check in , mkn , mandi dan terbongkang . haha ...
mne x nye semua x cukup tdo , lebih2 lg driver la kn .. kasihan mereka ..
tdo sejam 2 dah bangun balik . na p I-CITY plak ....*tepuk dahi*

                       






smp jek I-CITY , jumpe abg fahmi :) abs kecoh dengan suara dia jek . hehe
smp sini masing2 dah berpecah .. tah mne2 jek la .. seb bek la , kami ni masih
boleh di kawal lg .. hahaha (boleh ke :O)
dah puas berjimba sana sini , ape lg .... cri mkn la .. 
perot2 .. penat x penat madah kelaparan jek --"
dan siap mkn , masing2 naik bilik terbongkang la jawab nye :D
ohh yee .. kami Check in kat hotel Hamilas .. selesa la jgk otel nye ..
tp time na check out yg x best ! masing2 berebut na mandi , na check out , ada bilik yg xde air
yelah , bilik kami la tu --" eh ! tp kami mandi ok . sebab tu kami lambat siap ...
1 bilik ngn Kak Fara dah mcm ada 10 org dlm bilik tu -,- kecoh oii ! haha .. tp seronok :)


our third destination = Nilai !!

kat nilai x de picture sbb masing2 da rambang mate ..
hehe .. sebok mengshopping la , ape lg ...
kaum Bapa dan kaum bujang tlg pegang anak2 dan brng2 .
kaum hawa bwk diri p shopping .
hahahaha .. trok btl !
ni kalau x dikawal nafsu , mau abs semua duit . kng ada yg x cukup duit nnt :D


last destination = Melaka :)

actually, Melaka ni kire persinggahan yg x di jangka la ..
mule2 x na singgah pon tp dah xtau na p mne lg , last2 Melaka jua jd pilihan :)
smp melaka , kami tros mkn di bandar hilir ...
da kenyang , ape lg .. mai berjimba lg :D





kami singgah di Melaka River Cruise :)
dah naik kapal/sampan/rakit bagai kami p Eye on Malaysia . haha
naik pirate park , masing2 x bole kawal dah ..
kami kat atas kekeh bedekah tngk kak pie ngn kak anie .. 
masing2 kecut perut .. hahahaha ...
ketawe tngk mereka smp nangis ni ... *tepuk dahi*
turun jek , kak anie muntah . trok2 .. 
xbole naik lg da tu :D

Last , balik Jb sudah kami :)
(finally , bau JOHO jua)
smp Jb dalam kol 3 kot .. smp jek tros singgah ke TNB Chicken Chop ! 
(lapa lg *geleng pale*)
da siap mkn , lepak kat Lido dl , bru balik .. 
masing2 tkt na balik sbb sebok dok cerita antu pny psl ..
hahahahaha ...
walau mcm mne pon , kene gagah kn diri tok balik ni :P
smp umah jek da na subuh ...


percutian yang sangat seronok . Thanks to kak pie , abg shah and family , adik2 ipa kak pie yg join kami , abg yus , kak anie dan anak2 , kak fara , joe dan azri . Harap2 next trip yg lain pon akn join sekaki jgk ye .. lg ramai lg seronok :) sayang korang sangat2 *big hug* :) :*


















Thursday, 17 January 2013

Wahai Pemilik kereta

Assalamualaikum. 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Sesungguhnya hati ini amat merindui pemilik kereta putih tersebut, tapi apakan daya …. Biarlah takdir yang menetukan segalanya . Andai dia berlalu pergi meninggalkan hati ini, tidak sesekali menyalahkan nya .. Dia juga berhak menerima kebahagian . Tidak sanggup rasa dihati ini melihat dia menerima segala tomahan dan dugaan yang mendatang . Cukup dengan hati ini saja yang tersakiti .. Dia berhak menerima kebahagian .  Cukup dengan segala bebanan dan segala dugaan yang dia terima . Tidak sanggup untuk menambah bebanan yang sedia ada .Satu hari pasti segala nya akan terungkap . Wahai pemilik kerata putih, hati ini teramat-amat merinduimu . Segala yang berlaku pasti ada sebab yang kukuh . Hati ini hanya ingin melihat kamu menerima kebahagian yang selayak-layaknya . Percayalah , tidak terniat dihati ini untuk menyakiti .



Wahai Tuhan Empunya Alam,

Kuatkan hatiku untuk melepaskan segalanya . Berikan ketabahan dalam diri ini agar dapat bertahan sehingga penghujungnya . Berikan bahagian yang mereka impi-impikan .
Andai penamatnya semakin hampir, hati ini redha dan merelakan segalanya , jasad ini pasti akan kembali pada-Mu , kelak .


Terima kasih atas segala curahan kasih sayang yang diberikan untuk jasad ini .