Friday, 1 March 2013

Bonda yang tiada ganti



Assalamualaikum , salam Jumaat



23.06.54 Beliau dilahirkan , 23.02.13 Beliau telah kembali ke Rahmatullah . Alhamdulillah Beliau pergi dalam keadaan yang tenang . Sehingga kini , hati ini masih tidak percaya dengan pemergian Beliau . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat tabah , tabah menghadapi segala dugaan , tabah membesarkan anak-anak . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat kuat semangat , walau sakit macam nama sekalipun , Beliau akan tetap berusaha tidak menyusahkan orang lain . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat-sangat cerewet , cerewet dalam segala hal , hal kesihatan , hal kewangan , hal keluarga . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat-sangat rajin , Bonda yang sangat serba boleh . Suka masak , buat kek , buat kuih , jahit baju , bercucuk tanam . Beliau juga seorang Bonda yang mempunyai hati yang sangat mulia , walaupun kuat membebel , namun hati nya sangat baik . Beliau suka menolong orang lain . Selagi kudrat Beliau kuat , Beliau akan mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah dan dugaan yang muncul . Hidup sebagai Ibu Tunggal , bukan penghalang untuk Beliau membesarkan anak-anak dengan sempurna . Ketabahan Beliau , semangat Beliau yang tidak pernah luntur menjadikan Beliau seorang Bonda yang sangat-sangat sempurna buat kami . Beliau adalah Bonda yang terbaik bagi kami . Tidak akan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat Beliau dihati kami .   






(RAYA AIDILFITRI 2011)



(KENDURI KAWIN KAZEN)








(RAYA AIDILFITRI 2012- SALAMAN , CIUMAN DAN PELUKAN TERAKHIR)






(RAYA AIDILADHA 2012 - YANG TERAKHIR)



Ya Allah , Engkau tempatkanlah Almarhumah Bonda ku disisi orang-orang yang beriman . Amin.

1 March 2013 bersamaan 18 R’Akhir 1434H .

Genap seminggu Almarhumah Bonda telah kembali ke Rahmatullah dengan tenang nya .


 AL-FATIHAH 

















No comments:

Post a Comment