Thursday, 28 March 2013

Hidupku Kini

Assalamualaikum .


Hidupku kini berubah 100% .
Hidup yang dulu nya tersangat mudah kini hilang dalam sekelip mata .
Hidup yang dulu nya tersangat cerah kini menjadi suram .
Hidupku hanya berdua bersama Beliau , tapi kini aku sendiri .
Hidupku , tawaku , tangisku , sakitku , bahagiaku , sedihku , bersama Beliau .
Kini Beliau telah Pulang ke tempat asal .
Tinggal lah aku sendiri menyalani Hidup 
yang masih tersisa .
Hidupku kini kosong .
Hidupku kini sepi . 
Hidupku kini terumbang ambing .


Wahai Tuhan Pemilik Alam Semesta , 
Dengarlah rintihan hatiku ini .
Aku tahu Engkau telah merangcang segala sesuatu nya 
dengan sangat sempurna .
Aku juga tahu setiap dugaan dan ujian yang Engkau berikan 
pasti akan ada hikmahnya.
  

Wahai Tuhan ,
Dengarlah rintihan hamba-Mu yang kerdil ini .
Aku hanya insan yang sangat lemah .
Engkau lah tempat untuk aku mengadu , mengadu 
dan terus mengadu .
Engkau kuatkan iman dan hatiku .
Agar dapat aku jalani hidupku yang masih tersisa ini .


Wahai Hati yang sangat rapuh , 
usahlah kau bersedih lagi .
Jasad ini sudah tersiksa menahan rasa hati
yang sangat rapuh . 
Ingatlah selalu wahai hatiku , 
apa yang berlaku pasti ada hikmah nya .



Buat Al Marhumah Bonda yang tercinta , 
Semoga tenang dialam sana .
Anakanda-anakandamu disini sentiasa merindui
belaianmu , tawamu ada amarahmu .
Anakanda-anakandamu disini sentiasa 
mendoakan agar engkau disana tenang 
dan sentiasa berada didalam golongan
orang-orang yang beriman .
Amin .

Al-Fatihah 

Friday, 1 March 2013

Bonda yang tiada ganti



Assalamualaikum , salam Jumaat



23.06.54 Beliau dilahirkan , 23.02.13 Beliau telah kembali ke Rahmatullah . Alhamdulillah Beliau pergi dalam keadaan yang tenang . Sehingga kini , hati ini masih tidak percaya dengan pemergian Beliau . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat tabah , tabah menghadapi segala dugaan , tabah membesarkan anak-anak . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat kuat semangat , walau sakit macam nama sekalipun , Beliau akan tetap berusaha tidak menyusahkan orang lain . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat-sangat cerewet , cerewet dalam segala hal , hal kesihatan , hal kewangan , hal keluarga . Beliau adalah seorang Bonda yang sangat-sangat rajin , Bonda yang sangat serba boleh . Suka masak , buat kek , buat kuih , jahit baju , bercucuk tanam . Beliau juga seorang Bonda yang mempunyai hati yang sangat mulia , walaupun kuat membebel , namun hati nya sangat baik . Beliau suka menolong orang lain . Selagi kudrat Beliau kuat , Beliau akan mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah dan dugaan yang muncul . Hidup sebagai Ibu Tunggal , bukan penghalang untuk Beliau membesarkan anak-anak dengan sempurna . Ketabahan Beliau , semangat Beliau yang tidak pernah luntur menjadikan Beliau seorang Bonda yang sangat-sangat sempurna buat kami . Beliau adalah Bonda yang terbaik bagi kami . Tidak akan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat Beliau dihati kami .   






(RAYA AIDILFITRI 2011)



(KENDURI KAWIN KAZEN)








(RAYA AIDILFITRI 2012- SALAMAN , CIUMAN DAN PELUKAN TERAKHIR)






(RAYA AIDILADHA 2012 - YANG TERAKHIR)



Ya Allah , Engkau tempatkanlah Almarhumah Bonda ku disisi orang-orang yang beriman . Amin.

1 March 2013 bersamaan 18 R’Akhir 1434H .

Genap seminggu Almarhumah Bonda telah kembali ke Rahmatullah dengan tenang nya .


 AL-FATIHAH