Monday, 22 July 2013

Selamat Ulang Tahun RS


:23 Julai 2013:
:14 Ramadhan 1434H:


Alhamdulillah .
Terima kasih padaMu Tuhan kerana masih memberikan aku peluang untuk melihat keAgunganMu
Alhamdulillah.
Terima kasih padaMu Tuhan kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas sehingga kini
Alhamdulillah.
Terima kasih padaMu Tuhan kerana mengurniakan aku keluarga yang sentiasa menyayangiku.
Alhamdulillah .
Terima kasih padaMu Tuhan kerana mengurniakan aku sahabat serta teman yang sentiasa
Bersamaku disetiap ketika.
Alhamdulillah.
Terima kasih padaMu Tuhan kerana pertemuan antara aku dan dia, walau hanya seketika.

Duhai Tuhan,
Engkau peliharalah mereka yang aku sayang.
Duhai Tuhan,
Engkau rahmatilah kehidupan mereka yang aku cintai.
Duhai Tuhan,
Engkau sayangilah mereka yang aku sayang.
Duhai Tuhan,
Engkau sampaikanlah pada mereka bahawa aku amat menyayangi mereka, dan andai satu hari aku dipanggil pulang ke tempat asalku, Engkau sampaikanlah rinduku pada mereka.

Duhai kakakku yang tercinta,
Terima kasih atas jasa mu kerana menjagaku dari kecil hingga kini.
Terima kasih atas setiap pengorbanan yang engkau taburkan untuk membesarkanku.
Terima kasih kerana menjadi kakak yang terbaik buatku.
Terima kasih untuk setiap masa yang engkau korbankan untuk melayan karenahku.
Terima kasih untuk wang ringgit yang engkau sediakan untukku.
Terima kasih untuk setiap keringatmu untuk membesarkanku

Duhai Sahabat serta Teman,
Terima kasih kerana sentiasa ada buatku dikala aku senang , susah , bahagia dan berduka.
Terima kasih kerana membazirkan masa untuk bersamaku
Terima kasih kerana membazirkan masa melayan karenahku
Terima kasih kerana membazirkan wang ringgit yang telah dilaburkan
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan setiap karenahku
Terima kasih untuk setiap kata-kata penyumbang semangat buatku
Terima kasih untuk setiap memori indah yang kita cipta bersama.



Hari ini genap 150 hari Almarhumah Bonda kembali ke Rahmatullah.
Semoga Almarhumah Bonda tenang disana. 
Terima kasih untuk segalanya wahai Almarhumah Bonda.
I LOVE YOU 
I MISS YOU

No comments:

Post a Comment