Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, sudah 2 Ramadhan kita J terima kasih, YA ALLAH
kerana masih memberikan aku peluang untuk merasa kan Ramadhan. Kesihatan yang tidak menentu. Demam
lagi, batuk2 then muntah. Harap2, ia tak menjejaskan puasaku sepanjang bulan
ni. Sesungguhnya, puasa kali ni cukup mencabar. Buka sorang, sahur sorang. Dulu,
time2 Ramadhan macam ni lah, nak manja2 lebih dengan Almarhumah Bonda. Mana tak
nya, buka dan sahur mesti akan dahulukan kami, anak2 dia. Dulu, balik kerja jek
terus bawak Almarhumah Bonda p kedai, cari laok, singgah bazar kalau terasa na
makan kuih. Tapi jaranglah kami ke bazar, sebab Almarhumah Bonda seorang yang
sangat2 suka bab masak memasak ni (anak bongsu dia ni jek yg smp skng xreti2
masak --“) mesti ada jek kiuh yang Almarhumah akan buat, tapi selalunya, saya
akan request “bubur sum-sum”. Sangat sukakan nya . kalau pi kedai jumpa org yg
kenal mesti depa dok tego “cik mai beli
ikan ngn tempe
2 jek ke ?” Almarhumah Bonda mesti jawab, “cukuplah ni untuk pu3 makan. Dia suka makan ikan bakar dengan tempe goreng,
senang keje, xpening kepala piker na masak ape :D” YA ALLAH , aku rindukan
saat2 ni, tersangat rindu. Bila sahur jek, paling liat na bangun, haha .. tapi
Almarhumah Bonda will make sure, kite akan sahur jugak. Susah2 sangat , dia
amik lauk, nasi, suap kat mulut kite. Yang kite ni dok la ngaga sambil mata
tertutup. Haha.. terok kn .. Nak wat macam mana, manje sgt … Bila masing2
terlewat bangun sahur, Almarhumah Bonda mesti kelam kabut. Last2… dia cakap “maaf
ye, ma tak sadar bunyi jam. Usu kalau tak larat puasa nanti, buka jek” patut
nya da besar panjang macam ni, da kene bangan sahur sendiri, ni tak .. na
tunggu Almarhumah Bonda juga kejut. Dulu, before angah kawin, angah paling
susah na sahur. Bangun sahur minum air ngan makan roti jek, makan nasi jarang
betul. Almarhumah Bonda mesti bebel time tu. Memang, dari kecil lagi dah diajar
untuk bersahur. Bila tiba jek Ramadhan yang ke 15, Almarhumah Bonda dah busy
beli barang kuih, kita lah yang kene buat. Dia beli barang, kita buat, kata nya
sampai bila na harapkan Bonda jek yang buat, blajar! J hujung minggu jangan
lah ada niat na buka kat luar ke nak jenjalan, memang kene bebel lah nanti,
duduk rumah, buat kuih. Yang kita ni amek jalan senang, BELI jek . haha ..
Alharmumah Bonda bising, kata nya rugi, nanti tak sedap lah.. J
tapi kita ni degil, tetap juga BELI yang da siap. Haha.. tapi beli tak bagitau,
bila dah tiba masa tau2 ada jek, time tu na bebel pon dah tak boleh . haha …
anak2 yang degil J
Almarhumah Bonda bukan saja pandai masak, buat kek, buat kuih tp pandai jahit
baju jugak. Selalu jugak lah amik tempahan baju raya, langsir raya. Dari kecik
smp besar baju raya ke baju kurung ke baju kebaya ke baju “bepesen2” ke, mesti
Almarhumah yang akan jahit . Paling2 syok, angah lah . EVERYMONTH akan ada kain
pasang dia beli suruh Almarhumah Bonda jahit . hehe .. last2 tak boleh pakai,
adik dia yg ni lah “sauk” hehe J ingat lagi, time na amek result SPM dulu, Almarhumah
Bonda siap buatkan sepasang baju kurung warna merah untuk kita p amek result. Terharu
sangat2, tak tau masa dijahitnya baju tu, tau2 jek dah siap. Kalau org hantar
tempah tok raya, Almarhumah Bonda mesti dahulukan org2 yg tempah tu dari baju
kami anak2 dia. Baju kami mesti akan siap pagi raya --“ tapi selalunya baju
angah lah. Hahaha … kami anak beranak mesti akan gaduh time petang raya . MESTI
! wajib. Time tu kan sebok last minit punya preparation J biase nya , Almarhumah
Bonda kat dapo sedia kan lauk pauk untuk esk, kita dengan angah, kat depan,
pasang lansir la, betul2 kn sofa. Dah siap2 kemas, last2 Almarhumah Bonda
xsuke, dah kne betul kan
balik . penat kotttt ~ pas tu mula lah gadoh ..emmm … tapi tahun ni, tak ada
lagi dah saat2 manis macam tu L rindu nye laahaaiii ~
Last Raya, walaupon Almarhumah da start sakit dia tetap
masak untuk kami anak cucu dia. Dia adalah Seorang Ibu dan nenek yang TERBAIK
buat kami anak cucu dia. Tidak akan ada yang boleh menggantikan Almarhumah
Bonda dalam hati kami. Sudah 138 hari Almarhumah Bonda kembali ke Rahmatullah..
tapi rasa macam baru semalam bergurau senda dengan dia. Ya Allah, Engkau
tempatkanlah Alharhumah Bondaku disisiMu bersama-sama orang yang beriman. Kami anak
cucu disini sentiasa mendoakan Almarhumah Bonda agar tenang disana. I miss you
so much, mom L
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment